Guna Habis

Berikut adalah panduan untuk anggaran masa penggantian bagi guna habis yang telah digunakan pada mesin ini. Beli guna habis daripada pengedar Canon tempatan yang sah. Patuhi langkah berjaga-jaga keselamatan dan kesihatan apabila menyimpan dan mengendalikan guna habis (Guna Habis).
Bergantung pada persekitaran pemasangan, saiz kertas cetakan atau jenis dokumen, anda mungkin perlu menggantikan guna habis sebelum akhir hayat simpanan yang dianggarkan.

Kartrij Toner

 
Kartrij Toner Yang Dibekalkan
Hasil purata* kartrij toner yang dibekalkan bersama mesin adalah 1,700 helai.
Hasil purata adalah berdasarkan "ISO/IEC 19752" (piawai global yang berkaitan dengan "Kaedah untuk penentuan hasil kartrij toner untuk pencetak elektrofotografi monokromatik dan peranti pelbagai fungsi yang mengandungi komponen pencetak" yang dikeluarkan oleh ISO [International Organization for Standardization]) apabila mencetak kertas bersaiz A4 dengan tetapan kepadatan cetakan lalai.
 
Kartrij Toner Gantian
Bagi kualiti cetakan optimum, penggunaan kartrij toner Canon tulen adalah disyorkan.
Hasil purata* kartrij toner gantian adalah 2,400 helai.
Bahan Tulen
Bagi kualiti cetakan optimum, penggunaan Toner, Kartrij dan Alat Ganti Canon tulen adalah disyorkan.
Apabila menggantikan kartrij toner Bagaimana Mengganti Kartrij Toner
111X-04Y