Skrin Ciri Asas Faks

Memilih <Faks> dalam skrin Rumah memaparkan skrin Ciri Asas FAKS yang muncul apabila anda menghantar faks.

Tab <Mskkn Destns>

Pilih tab ini untuk memasukkan destinasi secara terus.

Tab <Tentukan Destinasi>

Pilih tab ini untuk mencari pelayan LDAP, memasukkan dail berkod atau menentukan destinasi menggunakan tetapan panggil semula.
Pengendalian Asas untuk Menghantar Faks
Memanggil Semula Tetapan Yang Digunakan Sebelum Ini untuk Penghantaran (Panggil Semula Tetapan)

Tab <Tetapan TX/RX>

Pilih tab ini untuk menentukan tetapan imbasan. Anda boleh mengubah mod RX (Menentukan Mod Penerimaan Faks Yang Mahu Digunakan) mesin.

<Sahkan Destinasi>

Anda boleh menyemak nama dan nombor faks destinasi yang dinyatakan serta bilangan destinasi yang ditentukan. Anda juga boleh menukar nombor faks atau membatalkan spesifikasi destinasi.

<Buku Alamat>

Tentukan destinasi yang didaftarkan dalam Buku Alamat.

<Set Semula>

Anda boleh memulihkan tetapan lalai secara kolektif.

<Mula>

Gunakan butang ini untuk memulakan penghantaran faks.
29WY-04C