Pengendalian Asas untuk Menghantar Faks

Bahagian ini menerangkan prosedur pengendalian asas yang digunakan untuk menghantar faks dokumen asal.
Anda perlu melengkapkan beberapa prosedur sebelum menggunakan fungsi faks. Menkonfigurasi Tetapan Awal untuk Fungsi Faks
1
Letakkan dokumen asal. Meletakkan Dokumen Asal
2
Pilih <Faks> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
Jika skrin log masuk muncul, tentukan nama pengguna, kata laluan dan pelayan pengesahan. Melog masuk ke Penghantaran Dibenarkan
3
Pilih <Set Semula> dalam skrin Ciri Asas Faks. Skrin Ciri Asas Faks
Jika destinasi ditetapkan oleh pengguna terdahulu masih dipilih, ini boleh menyebabkan ralat penghantaran. Sentiasa tetapkan semula tetapan sebelum menghantar.
4
Tentukan destinasi.
Menentukan daripada Buku Alamat
Menentukan daripada Nombor Dail Berkod
Memasukkan Destinasi Secara Terus
Menentukan Destinasi dalam Pelayan LDAP
Menambah destinasi
Untuk menghantar faks ke berbilang destinasi secara serentak (siaran berturutan), ulang langkah-langkah yang sesuai untuk memasukkan semua destinasi.
Anda juga boleh memanggil balik destinasi yang digunakan sebelum ini. Memanggil Semula Tetapan Yang Digunakan Sebelum Ini untuk Penghantaran (Panggil Semula Tetapan)
Untuk memadamkan destinasi
Jika anda telah menentukan berbilang destinasi, anda boleh memadamkan destinasi sebagaimana yang diperlukan.
5
Tentukan tetapan imbasan sebagaimana yang diperlukan.
Melaras Kualiti Imej
Mengimbas 2 Muka Dokumen Asal
6
Pilih <Mula>.
Jika skrin <Sahkan Destinasi> dipaparkan, semak sama ada destinasi betul dan kemudian, pilih <Mula Mengimbas>.
Imbasan dokumen asal bermula.
Jika anda mahu membatalkannya, pilih <Batal>  <Ya>. Membatalkan Penghantaran Faks
Apabila meletakkan dokumen asal dalam penyuap dengan langkah 1
Apabila imbasan lengkap, faks dihantar.
Apabila meletakkan dokumen asal di atas kaca platen dengan langkah 1
Jika anda sentiasa ingin menghantar faks dengan tetapan yang sama: Mengubah Tetapan Lalai untuk Fungsi
Jika anda ingin mendaftar gabungan tetapan untuk digunakan apabila perlu: Mendaftar Tetapan yang Kerap Digunakan
Jika anda ingin membunyikan penggera apabila gagang telefon di tepi: <Penggera Sibuk>
29WY-04E