Menerima I-Faks

Apabila I-Faks Tiba

Apabila I-Faks tiba, Penunjuk data pada panel pengendalian berkelip. Selepas I-Faks lengkap diterima, dokumen tersebut dicetak secara automatik dan penunjuk hilang.
Untuk membatalkan penerimaan, pilih <Pgawas Status> <Kerja RX> pilih dokumen dalam tab <Status Kerja RX> <Padam> <Ya>.

Menerima I-Faks Secara Manual

Jika anda mahu menyambung ke pelayan sebelum menerima I-Faks secara automatik atau jika anda mahu mengkonfigurasi mesin supaya ia tidak menerima I-Faks secara automatik, gunakan kaedah di bawah untuk menerima I-Faks secara manual. Jika terdapat dokumen pada pelayan, pencetakan bermula.
<Pgawas Status>  <Kerja RX> <Semak RX I-Faks>

Kertas Cetakan

Tanpa mengira saiz dokumen yang diterima, I-Faks masuk dicetak pada saiz yang ditentukan dalam <Saiz Cetakan RX>. <Saiz Cetakan RX>
Jika kertas bagi saiz tertentu dalam <Saiz Cetakan RX> tidak dimuatkan dalam laci kertas, mesej ralat <Tiada Kertas> dipaparkan. Langkah tindakan untuk Setiap Mesej
Jika anda ingin mencetak dokumen yang diterima pada kedua-dua muka kertas: <Ctak pd Kedua-Dua Muka>
Jika anda ingin meneruskan cetakan walaupun semasa jumlah baki dalam kartrij toner adalah rendah: <Terus Cetak Apbl Krtrij Rendah>
29WY-053