Memanggil Semula Tetapan Yang Digunakan Sebelum Ini untuk Penghantaran/Penyimpanan (Tetapan Panggil Semula)

 
Anda boleh memilih destinasi daripada kalangan destinasi yang lalu. Apabila anda menentukan destinasi yang digunakan sebelum ini, mesin juga menetapkan tetapan imbasan yang sama seperti kepadatan yang anda gunakan pada kali terakhir anda menghantar dokumen ke destinasi tersebut.
Apabila <Hadkn Mnghantar Sml dpd Log> ditetapkan kepada <Aktif>, anda tidak boleh menggunakan ciri ini. Melumpuhkan Penggunaan Destinasi Sebelum Ini
MEMATIKAN mesin atau tetapan <Hadkan Destinasi Baharu> kepada <Aktif> memadamkan destinasi lalu dan menyahdayakan ciri ini. Menghadkan Destinasi Baru yang Boleh Ditentukan
Apabila anda menentukan destinasi menggunakan ciri ini, sebarang destinasi yang sudah anda tentukan dipadamkan.
1
Letakkan dokumen asal. Meletakkan Dokumen Asal
2
Pilih <Imbas> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
Jika skrin log masuk muncul, tentukan nama pengguna, kata laluan dan pelayan pengesahan. Melog masuk ke Penghantaran Dibenarkan
3
Pilih <E-Mel>, <I-Faks> atau <Fail> dalam skrin Ciri Asas Imbasan. Skrin Ciri Asas Imbasan
4
Pilih <Panggil Semula Tetapan> dalam tab <Tentukan Destinasi>.
5
Pilih destinasi.
Apabila anda menghantar ke berbilang destinasi, hanya alamat yang ditentukan untuk penghantaran pertama dipaparkan dalam log, tetapi semua destinasi ditentukan.
Destinasi terpilih dan tetapan imbasannya ditentukan. Anda juga boleh mengubah tetapan sebelum menghantar.
Untuk memadamkan destinasi (e-mel/I-Faks)
Jika anda telah menentukan berbilang destinasi, anda boleh memadamkan destinasi sebagaimana yang diperlukan.
6
Pilih <Mula>.
Jika skrin <Sahkan Destinasi> dipaparkan, semak sama ada destinasi betul dan kemudian, pilih <Mula Mengimbas>.
Imbasan dokumen asal bermula.
Jika anda mahu membatalkannya, pilih <Batal>  <Ya>. Membatalkan Penghantaran Dokumen
Apabila meletakkan dokumen asal dalam penyuap dengan langkah 1
Apabila imbasan lengkap, proses penghantaran/penyimpanan bermula.
Apabila meletakkan dokumen asal di atas kaca platen dengan langkah 1
Jika skrin <Pengesahan Fail> atau <Pengesahan SMTP> muncul
Masukkan nama pengguna dan kata laluan dan pilih <Guna>.
29WY-063