Mengkonfigurasi Tetapan untuk Komunikasi dengan Komputer

Tentukan protokol dan port apabila mengendalikan mesin dari komputer melalui rangkaian. Sebelum mengkonfigurasikan mesin untuk mencetak atau menghantar faks dari komputer, lakukan prosedur penyediaan asas. Untuk maklumat lanjut, lihat manual untuk pemacu berkaitan pada laman web manual dalam talian.
 
Protokol yang diterangkan di sini merupakan peraturan untuk menghantar data dokumen antara komputer dan mesin, serta boleh dipilih menurut tujuan yang dicadangkan atau persekitaran rangkaian.
Port ialah get laluan untuk menyampaikan data antara peranti rangkaian. Jika kegagalan komunikasi berlaku dalam sambungan rangkaian, tetapan port mungkin penyebab masalah.
29WY-00S