Memuatkan Kertas ke dalam Laci Kertas

Masukkan kertas yang biasa anda gunakan ke dalam laci kertas, yang dapat menyimpan jumlah kertas yang banyak.
Kaedah tetapannya adalah berbeza-beza bergantung pada saiz kertas yang akan dimuatkan.
Apabila Memuatkan Kertas Saiz A4, B5, Legal, atau Letter
Muatkan kertas menggunakan kaedah saiz standard.
Memuatkan Kertas Saiz Standard
Apabila Memuatkan Kertas Saiz A5
Kaedah tetapannya adalah berbeza-beza bergantung pada orientasi kertas yang akan dimuatkan.
 
Orientasi landskap (A5)
 
Orientasi potret (A5R)
 
 
 
 
Apabila Memuatkan Kertas Saiz Tersuai
Muatkan kertas menggunakan kaedah saiz bukan standard.
Memuatkan Kertas Saiz Bukan Standard
Muatkan kertas menggunakan prosedur yang sama walaupun apabila menggunakan pilihan Paper Feeder PF-K.

Memuatkan Kertas Saiz Standard

Anda boleh memuatkan kertas dengan betul dengan menjajarkan panduan kertas pada laci kertas yang bertanda.
Apabila menggunakan kertas yang mempunyai logo, berhati-hati dengan orientasi kertas yang dimuatkan dan bahagian kertas yang menghadap ke atas. Orientasi untuk Memuatkan Kertas dengan Logo
1
Tarik keluar laci kertas, dan lepaskan sambil mengangkat bahagian depan.
2
Sejajarkan panduan kertas dengan ukuran kertas yang akan dimuatkan.
1
Sambil menekan tuas pelepas kunci, gerakkan panduan kertas.
2
Sejajarkan unjuran pada panduan kertas dengan tanda ukuran kertas yang akan dimuatkan.
Panduan kertas yang disejajarkan tetapi terlalu longgar atau ketat boleh menyebabkan tersalah suapan atau kertas tersekat.
Apabila Memuatkan Kertas Saiz Legal
3
Kipaskan kertas dan sejajarkan tepinya.
Kipaskan kertas dalam kelompok kecil, dan sejajarkan tepinya dengan mengetuk kertas di atas permukaan rata beberapa kali.
4
Muatkan kertas dengan sisi cetakan menghadap ke atas.
Sejajarkan kertas dengan panduan kertas di bahagian depan laci kertas.
Pastikan kertas yang dimuatkan tidak melebihi garisan had muatan (). Jika ia melebihi garisan had muatan, mungkin berlaku salah suapan atau kertas tersekat.
Semasa Mencetak di Bahagian Belakang Kertas Bercetak (Percetakan 2 Muka Manual)
5
Masukkan laci kertas ke dalam mesin.
Secara lalai, skrin pengesahan Tetapan Kertas dipaparkan. [Mklumkan utk Smk Ttpn Kertas]
Apabila anda menggunakan kertas saiz legal, laci kertas terlunjur keluar daripada mesin dan tidak dipasang sepenuhnya.
6
Tetapkan saiz dan jenis kertas, sebagaimana yang diperlukan. Menetapkan Saiz dan Jenis Kertas untuk Laci Kertas
Secara lalai, saiz dan jenis laci kertas ditetapkan kepada A4 dan Biasa 2. Apabila kertas dengan saiz atau jenis yang berbeza dimasukkan, tukar tetapan kertas.

Memuatkan Kertas Saiz Bukan Standard

Anda boleh memuatkan kertas dengan betul dengan menjajarkan panduan kertas pada laci kertas dengan kertas.
Apabila menggunakan kertas ysng mempunyai logo, berhati-hati dengan orientasi kertas yang dimuatkan dan bahagian yang menghadap ke atas.
Penyediaan dan Orientasi untuk Memuatkan Sampul Surat
Orientasi untuk Memuatkan Kertas dengan Logo
1
Tarik keluar laci kertas, dan lepaskan sambil mengangkat bahagian depan.
2
Luncurkan panduan kertas ke luar.
Sambil menekan tuas pelepas kunci, gerakkan panduan kertas.
Apabila Memuatkan Kertas Lebih Panjang Daripada Saiz A4
3
Kipaskan kertas dan sejajarkan tepinya.
Kipaskan kertas dalam kelompok kecil, dan sejajarkan tepinya dengan mengetuk kertas di atas permukaan rata beberapa kali.
4
Muatkan kertas dengan sisi cetakan menghadap ke atas.
Muatkan kertas ke tepi belakang laci kertas.
Pastikan kertas yang dimuatkan tidak melebihi garisan had muatan (). Jika ia melebihi garisan had muatan, mungkin berlaku salah suapan atau kertas tersekat.
Semasa Mencetak di Bahagian Belakang Kertas Bercetak (Percetakan 2 Muka Manual)
5
Sejajarkan panduan kertas dengan lebar dan panjang kertas.
Sambil menekan tuas pelepasan kunci, sejajarkan panduan kertas dengan lebar dan panjang kertas.
Panduan kertas yang disejajarkan tetapi terlalu longgar atau ketat boleh menyebabkan tersalah suapan atau kertas tersekat.
6
Masukkan laci kertas ke dalam mesin.
Secara lalai, skrin pengesahan Tetapan Kertas dipaparkan. [Mklumkan utk Smk Ttpn Kertas]
Apabila anda menggunakan kertas yang lebih panjang daripada saiz A4, laci kertas terlunjur keluar daripada mesin dan tidak dipasang sepenuhnya.
7
Tetapkan saiz dan jenis kertas. Menetapkan Saiz dan Jenis Kertas untuk Laci Kertas
Secara lalai, saiz dan jenis laci kertas ditetapkan kepada A4 dan Biasa 2. Apabila kertas dengan saiz atau jenis yang berbeza dimasukkan, tukar tetapan kertas.
8KKC-031