Tidak Dapat Menerima Faks

Lakukan pencarisilapan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Periksa Baki Toner di Dalam Kartrij Toner

Jika baki toner di dalam kartrij toner adalah kurang, data yang diterima mungkin disimpan pada memori mesin tanpa dicetak untuk mengelakkan teks yang dicetak sukar dibaca atau imej sukar dilihat.
Periksa jumlah baki toner ada di dalam kartrij toner, dan ganti mana-mana toner, sebagaimana yang diperlukan.
Memeriksa Baki Bahan Guna Habis
Menggantikan Kartrij Toner
 
Untuk mencetak data yang diterima walaupun baki toner di dalam kartrij toner adalah kurang, dayakan [Continue Printing When Amount in Cartridge Is Low].
Log masuk ke UI Jauh [Settings/Registration] [RX/Forwarding Settings] atau [RX Settings] [Common Settings] [Edit] dalam [Common Settings] tandakan kotak semak [Continue Printing When Amount in Cartridge Is Low] [OK]
Di panel operasi, pilih [Menu] di skrin [Rumah], dan kemudian pilih [Tetapan Fungsi] untuk mengkonfigurasi tetapan. [Terus Cetak Apbl Krtrij Rendah]
* Apabila tetapan ini didayakan, hasil cetakan mungkin kelihatan cerah atau pudar. Data yang diterima tidak disimpan pada memori, jadi jika kandungan yang dicetak tidak dapat dibaca, anda mungkin perlu meminta penghantar untuk menghantar data tersebut sekali lagi.

Langkah 2: Memeriksa Status Tetapan Mod RX

Adakah Mod RX Telah Ditetapkan Dengan Betul?
Pastikan bahawa Mod RX telah ditetapkan mengikut tujuan faks anda, dan tukar tetapan, sebagaimana yang diperlukan. Menukar Mod Fax RX dan Menetapkan Tindakan apabila Menerima Faks
Adakah Mod RX Ditetapkan Kepada [Mesin Menjawab]?
Jika ya, periksa yang berikut, dan sambungkan telefon dengan betul:
Penjawab mesin disambungkan kepada mesin.
Kuasa telah dihidupkan dan mesej direkodkan dengan baik.
Adakah Mod RX Ditetapkan Kepada [Manual]?
Jika ya, tekan [Mula Mnerima] sebelum meletakkan gagang apabila menerima faks. Meletakkan gagang sebelum menekan ini boleh menyebabkan panggilan terputus.
Jika telefon disambungkan kepada mesin, anda boleh menerima faks dengan menggunakan telefon, tanpa menggunakan mesin. Menerima Faks melalui Telefon (RX Jarak Jauh)

Langkah 3: Memeriksa Persekitaran Penerimaan Faks

Adakah Anda Menerima Faks Melalui Talian Optik?
Mesin mematuhi piawaian talian analog, dan penerimaan faks melalui talian optik tidak dapat dijamin. Anda mungkin boleh melakukan operasi melalui talian optik, jadi lihat yang berikut:
Tidak Dapat Menghantar atau Menerima Faks Melalui Talian Optikal
Adakah Anda Menerima Faks Daripada Perkhidmatan Maklumat Faks?
Jika ya, lakukan operasi berikut mengikut jenis talian telefon yang disambungkan kepada mesin.
Apabila Menggunakan Talian Nada Dail
Konfigurasikan jenis talian telefon secara manual, dan kemudian hubungi pembekal perkhidmatan anda.
Log masuk ke UI Jauh [Settings/Registration] [TX Settings] [Fax TX Settings] [Edit] dalam [Select Line Type], pilih [Manual] dalam [Line], pilih [Tone] [OK]
Di panel operasi, pilih [Menu] di skrin [Rumah], dan kemudian pilih [Tetapan Fungsi] untuk mengkonfigurasi tetapan. [Pilih Jenis Talian]
Apabila Menggunakan Talian Nada Denyut
Selepas menghubungi pembekal perkhidmatan, tekan "" (Nada) pada kekunci angka, dan kemudian masukkan nombor untuk menerima perkhidmatan.
* Jika anda tidak mengetahui jenis talian telefon, hubungi syarikat telefon anda.

Langkah 4: Kosongkan Memori Mesin

Periksa faks yang diterima dalam memori mesin, dan cetak atau majukannya sebagaimana yang diperlukan, dan padam mana-mana faks yang tidak diperlukan. Melihat dan Mencetak Faks Yang Disimpan Dalam Memori
8KKC-0HJ