Cetakan Kelihatan Pudar

Lakukan pencarisilapan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Memeriksa Kertas dan Kartrij Toner

Adakah Anda Menggunakan Kertas yang Sesuai?
Periksa sama ada kertas di dalam mesin boleh digunakan, dan gantikannya dengan kertas yang sesuai, sebagaimana yang diperlukan.
Kertas yang Boleh Digunakan
Memuatkan Kertas
Tetapkan saiz dan jenis kertas dengan betul, mengikut kertas yang dimuatkan. Menentukan Saiz dan Jenis Kertas
Adakah Toner yang Dicetak Terkelupas Bergantung Pada Jenis Kertas atau Persekitaran Penggunaan?
Jika begitu, menetapkan [Kurangkan Pengepingan Toner] kepada [Mod 1] boleh mengurangkan masalah ini. Jika ini gagal, pilih [Mod 2].
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Kurangkan Pengepingan Toner] [Mod 1] atau [Mod 2]
* Apabila tetapan ini didayakan, imej hantu mungkin kelihatan pada kawasan yang tidak dicetak.
Adakah Kartrij Toner Telah Mencapai Penghujung Jangka Hayatnya?
Bahagian di dalam kartrij toner mungkin telah rosak. Jika simptom ini berlaku, anda disyorkan untuk menggantikan kartrij toner tanpa mengira baki toner atau mesej yang dipaparkan. Menggantikan Kartrij Toner

Langkah 2: Menyesuaikan Kualiti Cetakan

Adakah Imej Sering Beranjak atau Cetakan Sering Menjadi Pudar?
Menetapkan [Elkkn Pmdrn/Slh Pnjjrn Ctkn] kepada [Aktif] boleh mengurangkan masalah ini.
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas] [Elkkn Pmdrn/Slh Pnjjrn Ctkn] [Aktif]
* Apabila anda memilih [Aktif], kelajuan pencetakan mungkin berkurang.

Langkah 3: Memeriksa Persekitaran Penggunaan Mesin

Adakah Anda Menggunakan Mesin Dalam Persekitaran yang Suhunya Berubah Secara Mendadak?
Perubahan suhu secara mendadak boleh menyebabkan pemeluwapan, yang boleh mengakibatkan imej dan teks menjadi pudar atau kabur. Menetapkan [Kawal Kondensasi] kepada [Aktif] boleh menyelesaikan masalah ini.
[Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Penyelenggaraan] [Kawal Kondensasi] [Aktif]
* Semasa penyingkiran pemeluwapan, helaian kertas kosong mungkin dikeluarkan tanpa ia dicetak dengan betul. Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda boleh menetapkan sama ada mahu menyekat pencetakan ataupun tidak.
* Jika anda menetapkan ini kepada [Aktif], anda mesti memastikan mesin sentiasa hidup untuk menyingkirkan pemeluwapan secara berterusan. Tetapan penutupan autometik akan dinyahdayakan.
Adakah Mesin Dipasang di Lokasi yang Terdedah Kepada Angin Kuat Seperti daripada Penghawa Dingin?
Jika ya, tukar arah udara dan kelajuan penghawa dingin.
Jika ini tidak berkesan, menetapkan [Tukar Kaedah Suapan Kertas] kepada [Keutamaan Muka Pencetakan] boleh mengurangkan masalah ini.
[Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Tetapan Fungsi] [Biasa] [Tetapan Suapan Kertas] [Tukar Kaedah Suapan Kertas]  [Keutamaan Muka Pencetakan]
* Apabila anda memilih [Keutamaan Muka Pencetakan], kelajuan pencetakan untuk pencetakan 1 muka akan berkurang.

Langkah 4: Memeriksa Tetapan Pemprosesan Khas

Adakah [Pemprosesan Khas] Telah Didayakan?
Jika begitu, menetapkan [Pemprosesan Khas] di bawah [Tak Aktif] boleh mengurangkan masalah ini. [Pemprosesan Khas]
[SmpulPghalangnTutupKelepak]
[Pembetulan Kertas Bergulung]
[KurngKondns.(Ctk2 Mk.Bturut)]
[Betulkan Kilat Tidak Sekata]
[Betulkan Kosong]
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Pelarasan/Penyelenggaraan] [Laras Kualiti Imej] [Pemprosesan Khas]
8KKC-0F7