Tidak Dapat Mencetak (LAN Wayarles)

Lakukan pencarisilapan dengan memeriksa item-item di bawah.
Periksa Status Sambungan LAN Wayarles.
Periksa status sambungan mesin, dan ambil tindakan mengikut status tersebut. Melihat Alamat MAC dan Maklumat Sambungan LAN Wayarles
Jika Mesin Tidak Bersambung dengan LAN Wayarles
Semak status komputer dan penghala LAN wayarles (titik capaian) dan status mesin, dan sambungkan semula ke LAN wayarles. Tidak Dapat Menyambung dengan LAN Wayarles
Jika Sambungan Lemah
Tukar tetapan berikut pada penghala LAN wayarles, dan cuba cetak:
Tukar saluran penghala LAN wayarles. Jika terdapat beberapa penghala LAN wayarles, pisahkan saluran mengikut lima atau lebih saluran.
Tingkatkan output wayarles penghala LAN wayarles jika boleh.
Adakah Mesin dan Komputer Disambungkan ke Penghala LAN Wayarles yang Sama?
Apabila anda menggunakan komputer yang disambungkan ke LAN wayarles, pastikan SSID (pengecam penghala LAN wayarles) mesin adalah sepadan dengan komputer tersebut.
Melihat Alamat MAC dan Maklumat Sambungan LAN Wayarles
Melihat Maklumat Sambungan Rangkaian di Komputer
Jika SSID mesin dan komputer tidak sepadan, konfigurasikan tetapan sambungan LAN wayarles pada mesin sekali lagi, dan sambungkan mesin ke SSID yang disambungkan dengan komputer. Menyambungkan ke LAN Wayarles
Adakah Port Pencetak Komputer Telah Dikonfigurasikan Dengan Betul? (Windows)
Tukar tetapan jika ia tidak dikonfigurasikan dengan betul. Jika tiada port yang tersedia, tambahkan port baharu.
Melihat Port Pencetak
Mengkonfigurasi Port Pencetak (Windows)
Bolehkah Anda Mengakses UI Jauh?
Jika anda tidak dapat mengakses UI Jauh, tetapan tembok api mesin mungkin tidak betul dan menyebabkan komunikasi dengan komputer terhalang.
Gunakan prosedur berikut untuk menyahdayakan tetapan tembok api dengan panel pengendalian, dan kemudian gunakan UI Jauh untuk mengkonfigurasi tembok api sekali lagi.
Kelayakan pentadbir diperlukan. Mesin mesti dimulakan semula untuk menggunakan tetapan ini.
1
Nyahdayakan tetapan tembok api.
Untuk Menyahdayakan Penapis Alamat IPv4
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Keutamaan] [Rangkaian] [Tetapan Tembok Api] [Penapis Alamat IPv4] [Penapis Keluar] atau [Penapis Masuk] [Tak Akt] [Guna] Mulakan semula mesin.
Untuk Menyahdayakan Penapis Alamat IPv6
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Keutamaan] [Rangkaian] [Tetapan Tembok Api] [Penapis Alamat IPv6] [Penapis Keluar] atau [Penapis Masuk] [Tak Akt] [Guna] Mulakan semula mesin.
Untuk Menyahdayakan Penapis Alamat MAC
Skrin [Rumah] pada panel pengendalian [Menu] [Keutamaan] [Rangkaian] [Tetapan Tembok Api] [Penapis Alamat MAC] [Penapis Keluar] atau [Penapis Masuk] [Tak Akt] [Guna] Mulakan semula mesin.
2
Konfigurasikan tembok api dengan betul. Menetapkan Tembok Api
Pasang semula Pemacu Pencetak.
Nyahpasang pemacu, dan kemudian pasangkannya semula.
Untuk maklumat mengenai penyahpasangan dan pemasangan pemacu, lihat manual pemacu di laman manual dalam talian.
https://oip.manual.canon/
Adakah Anda Menggunakan Perisian Mastautin?
Jika anda menggunakan perisian mastautin, seperti perisian keselamatan, nyahdayakannya dan kemudian cuba mencetak.
Bolehkah Anda Mencetak Daripada Komputer Lain Dalam Rangkaian?
Jika anda tidak dapat mencetak daripada komputer lain, hubungi pengedar atau wakil perkhidmatan anda. Jika Masalah Berterusan
8KKC-0H5