Mencetak dengan AirPrint

Anda boleh mencetak dari iPad, iPhone, iPod touch atau Mac tanpa menggunakan pemacu pencetak.
Keperluan Sistem
Satu daripada peranti Apple berikut diperlukan untuk mencetak dengan AirPrint.
iPad (semua model)
iPhone (3GS atau kemudian)
iPod touch (Generasi ke-3 atau kemudian)
Mac (OS X 10.7 atau yang terkini)*
 * OS X 10.9 atau terkini apabila menggunakan sambungan USB
Persekitaran Rangkaian
Satu daripada persekitaran berikut diperlukan.
Persekitaran di mana peranti Apple dan mesin disambungkan ke LAN yang sama
Persekitaran di mana peranti Apple dan mesin disambungkan secara terus
Persekitaran di mana Mac disambungkan ke mesin melalui USB

Mencetak daripada iPad, iPhone atau iPod touch

1
Pastikan bahawa mesin DIHIDUPKAN dan disambungkan ke peranti Apple.
Untuk cara memastikan ini, lihat Penyediaan Persekitaran Rangkaian.
Untuk maklumat mengenai Sambungan Terus, lihat Menyambung Secara Terus.
2
Daripada aplikasi pada peranti Apple anda, ketik  untuk memaparkan pilihan menu.
3
Ketik [Print].
4
Pilih mesin ini dari [Printer].
Pencetak yang bersambung dengan rangkaian dipaparkan di sini. Pilih mesin ini dalam langkah ini.
Skrin untuk memilih mesin dalam [Printer] tidak dipaparkan untuk aplikasi yang tidak menyokong AirPrint. Dalam hal ini, pencetakan tidak boleh dilakukan.
5
Tentukan tetapan cetakan sebagaimana yang diperlukan.
Tetapan dan saiz kertas yang tersedia berbeza bergantung pada aplikasi yang sedang anda gunakan.
6
Ketik [Print].
Pencetakan bermula.
Menyemak status cetakan
Semasa mencetak, tekan butang Laman Utama peranti Apple sebanyak dua kali ketik [Print].
Anda boleh tentukan sama ada mahu memaparkan skrin ralat pada panel kawalan jika cetakan tidak boleh dilakukan seperti yang dijangkakan disebabkan masalah dengan data cetakan. Untuk butiran terperinci, lihat <Paparkan Ralat untuk AirPrint>.
Apabila mesin dikonfigurasikan untuk tidak mencetak terus data yang dihantar dari komputer, data AirPrint juga ditahan pada mesin. Dalam kes ini, anda perlu mengendalikan mesin untuk melakukan pencetakan. Mencetak Dokumen yang Disimpan di dalam Mesin

Mencetak daripada Mac

1
Pastikan bahawa mesin DIHIDUPKAN dan disambungkan ke Mac.
Untuk cara memastikan ini, lihat Penyediaan Persekitaran Rangkaian.
2
Daripada Mac anda, tambahkan mesin [Seting Sistem] [Pencetak & Pengimbas].
3
Buka dokumen dalam aplikasi dan paparkan kotak dialog cetakan.
Cara untuk memaparkan kotak dialog cetakan berbeza untuk setiap aplikasi. Untuk maklumat lanjut, lihat manual arahan untuk aplikasi yang sedang anda gunakan.
4
Pilih mesin dalam kotak dialog cetakan.
Pencetak yang ditambahkan kepada Mac dipaparkan. Pilih mesin dengan mengikuti langkah ini.
5
Tentukan tetapan cetakan sebagaimana yang diperlukan.
Tetapan dan saiz kertas yang tersedia berbeza bergantung pada aplikasi yang sedang anda gunakan.
6
Klik [Cetak].
Pencetakan bermula.
Anda boleh tentukan sama ada mahu memaparkan skrin ralat pada panel kawalan jika cetakan tidak boleh dilakukan seperti yang dijangkakan disebabkan masalah dengan data cetakan. Untuk butiran terperinci, lihat <Paparkan Ralat untuk AirPrint>.
93WK-039