Mengkonfigurasikan Fungsi Pengesahan

Anda boleh mengkonfigurasikan kaedah log masuk pengguna, peranti pengesahan dan fungsi pengesahan lain berdasarkan persekitaran dan keperluan sistem anda.

Mengkonfigurasikan Kaedah Log Masuk Pengguna dan Peranti Pengesahan

Tentukan kaedah log masuk pengguna (Kaedah Log Masuk) dan peranti pengesahan (Peranti Pengesahan). Ambil perhatian bahawa peranti pengesahan perlu disediakan sebelum mengkonfigurasikan tetapan di bawah.
1
Mulakan UI Kawalan Jauh. Memulakan UI Kawalan Jauh
2
Klik [Settings/Registration] pada halaman portal. Tetapan UI Kawalan Jauh
3
Klik [User Management]  [Authentication Management].
4
Klik [Basic Settings]  [Edit...].
5
Tentukan tetapan diperlukan.
Pilih kaedah log masuk yang anda mahu gunakan dan tentukan tetapan terperinci seperti tetapan peranti pengesahan.
Menggunakan pengesahan papan kekunci
Mengkonfigurasikan tetapan terperinci untuk fungsi pengesahan
6
Klik [Update].
7
Mulakan semula mesin. Mulakan semula Mesin
Mengimport/mengeksport kelompok
Tetapan ini boleh diimport/dieksport dengan model yang menyokong pengimportan kelompok tetapan ini. Mengimport/Mengeksport Data Tetapan
Tetapan ini termasuk dalam [Settings/Registration Basic Information] apabila mengeksport kelompok. Mengimport/Mengeksport Semua Tetapan
Menggunakan Pengesahan Peribadi untuk Menguruskan Pencetakan melalui Komputer
9Y8W-057