Masalah Biasa

Jika anda menghadapi masalah ketika menggunakan mesin, periksa item dalam seksyen ini sebelum menghubungi kami. Jika masalah berlanjutan, hubungi pengedar Canon tempatan yang sah atau talian bantuan Canon.

Periksa yang Berikut

Adakah mesin DIHIDUPKAN / Adakah kord kuasa disambungkan?

Penunjuk  (kuasa) tidak menyala jika mesin tidak DIHIDUPKAN. Jika mesin tidak memberi respons ketika anda menekan suis kuasa, periksa dan pastikan kord kuasa disambung dengan betul dan kemudian cuba semula untuk HIDUPKAN kuasa.
HIDUPKAN Kuasa

Adakah mesin disambungkan melalui LAN wayarles, kabel LAN atau kabel USB?

Periksa sama ada mesin disambung dengan betul. Sekiranya LAN wayarles, periksa sama ada penunjuk  (Wi-Fi) menyala. Jika tidak menyala, mesin tidak disambungkan melalui LAN wayarles.
Apabila mesin tidak dapat disambungkan ke LAN wayarles

Adakah Tetingkap Status Pencetak memaparkan mesej ralat?

Jika masalah berlaku, mesej akan dipaparkan dalam tetingkap.
Tetingkap Status Pencetak
Apabila Mesej Ralat Muncul
Jika masalah berlanjutan walaupun selepas diperiksa
Klik pautan yang berkaitan dengan masalah.
111X-03K