Masalah Pemasangan/Tetapan

Bersama-sama seksyen ini, lihat Masalah Biasa.

Masalah dengan Sambungan LAN Wayarles/LAN Berwayar

LAN wayarles dan LAN berwayar tidak boleh bersambung pada masa yang sama.

LAN wayarles dan LAN berwayar tidak boleh bersambung pada masa yang sama. Anda boleh menggunakan USB dan LAN wayarles, atau USB dan LAN berwayar pada masa yang sama.

Remote UI tidak dipaparkan.

Jika mesin disambungkan ke LAN wayarles, periksa sama ada penunjuk  (Wi-Fi) menyala dan alamat IP ditetapkan dengan betul, dan kemudian mulakan Remote UI semula.
Bahagian Depan
Melihat Tetapan Rangkaian
Jika mesin disambungkan ke LAN berwayar, periksa sama ada kabel disambung dengan kukuh dan alamat IP ditetapkan dengan betul, dan kemudian mulakan Remote UI semula.
Menyambung ke LAN terdawai
Melihat Tetapan Rangkaian
Adakah anda menggunakan pelayan proksi? Jika anda menggunakan pelayan proksi, tambahkan alamat IP mesin pada senarai [Exceptions] (alamat yang tidak menggunakan pelayan proksi) dalam dialog tetapan proksi pelayan Web.
Adakah komunikasi pada komputer dihadkan oleh tembok api? Jika Remote UI tidak boleh dipaparkan kerana tetapan salah, gunakan butang tetap semula untuk mengasalkan tetapan.
Mengehadkan Komunikasi Menggunakan Tembok Api
Mengasalkan Tetapan dengan Menggunakan Butang Tetap Semula

Sambungan ke rangkaian tidak dapat diwujudkan.

Tetapan sambungan mungkin tidak ditetapkan dengan betul. Gunakan MF/LBP Network Setup Tool untuk mengkonfigurasi tetapan sambungan. Untuk maklumat lanjut, lihat Panduan Pemasangan Pemacu Pencetak.
Apabila menyambung ke LAN wayarles, periksa sama ada mesin dipasang dengan betul dan bersedia untuk disambungkan ke rangkaian.
Apabila mesin tidak dapat disambungkan ke LAN wayarles

Anda tidak pasti tentang alamat IP yang ditetapkan.

Melihat Tetapan Rangkaian

Anda tidak boleh mengubah daripada LAN wayarles kepada LAN berwayar.

Adakah anda menggunakan MF/LBP Network Setup Tool untuk mengkonfigurasi tetapan sambungan LAN berwayar? Jika tidak, anda tidak boleh mengubah kaedah sambungan daripada LAN wayarles kepada LAN berwayar untuk mesin ini. Apabila mengkonfigurasi tetapan, pilih [Persediaan Tersuai] untuk kaedah tetapan. Untuk maklumat lanjut, lihat Panduan Pemasangan Pemacu Pencetak.

Apabila mesin disambungkan ke sambungan LAN berwayar, penunjuk LNK akan padam.

Gunakan sambungan langsung kabel Ethernet untuk sambungan LAN berwayar.
Pastikan hab atau penghala DIHIDUPKAN.
Jangan sambungkan kabel ke port UP-LINK (tindan) hab tersebut.
Ubah kabel LAN.
Apabila mesin tidak dapat disambungkan ke LAN wayarles
 
 
Periksa status komputer anda
Adakah tetapan komputer dan penghala wayarles sudah selesai?
Adakah kabel penghala wayarles (termasuk kord kuasa dan kabel LAN) dipalamkan dengan betul?
Adakah penghala wayarles DIHIDUPKAN?
Jika masalah berlanjutan walaupun selepas memeriksa perkara di atas:
MATIKAN semua peranti dan kemudian HIDUPKAN semula.
Tunggu seketika, dan cuba sambungkan semula ke rangkaian.
 
 
Periksa sama ada mesin telah DIHIDUPKAN
Penunjuk  (kuasa) tidak menyala jika mesin tidak DIHIDUPKAN.
Jika mesin DIHIDUPKAN, MATIKAN mesin dan HIDUPKAN semula.
 
 
Semak tapak pemasangan mesin dan penghala wayarles
Adakah mesin terlalu jauh daripada penghala wayarles?
Adakah sebarang halangan seperti dinding di antara mesin dan penghala wayarles?
Adakah sebarang peralatan seperti ketuhar gelombang mikro atau telefon digital tanpa wayar yang mengeluarkan gelombang radio berhampiran dengan mesin?
 
 
Tetapkan semula tetapan LAN wayarles
Apabila anda perlu menyediakan sambungan secara manual
Jika penghala wayarles disediakan seperti yang diterangkan di bawah, masukkan maklumat yang diperlukan secara manual.
Fungsi selinap dibolehkan.
SEBARANG penolakan sambungan* dibolehkan.
Kekunci WEP yang dijanakan secara automatik (perenambelasan) dipilih.
Fungsi yang mana penghala wayarles menolak sambungan jika SSID peranti yang ingin disambungkan ditetapkan kepada "ANY" atau adalah kosong.
Apabila anda perlu mengubah tetapan bagi penghala wayarles
Jika penghala wayarles disediakan seperti yang diterangkan di bawah, ubah tetapan bagi penghala.
Penapisan alamat MAC dibolehkan.
Apabila hanya IEEE 802.11n digunakan untuk komunikasi wayarles, WEP dipilih atau kaedah penyulitan WPA/WPA2 ditetapkan kepada TKIP.
 

Masalah dengan Sambungan USB

Komunikasi tidak boleh dilakukan.

Tukar kabel USB. Jika kabel USB adalah yang panjang, tukarkannya dengan kabel yang lebih pendek.
Jika anda menggunakan hab USB, sambungkan mesin secara langsung ke komputer anda menggunakan kabel USB.

Mesin didaftarkan sebagai modem

Mesin mungkin didaftarkan secara automatik sebagai modem bergantung pada versi sistem pengendalian Mac. Jika anda mengubah tetapan, komunikasi dengan mesin mungkin terganggu ketika tetapan tersebut diubah. Gunakan mesin tanpa mengubah tetapan.
 

Masalah melalui Pelayan Cetak

Anda tidak dapat menemui pelayan cetak untuk disambungkan.

Adakah pelayan cetak dan komputer disambungkan dengan betul?
Adakah pelayan cetak sedang berjalan?
Adakah anda mempunyai hak pengguna untuk menyambungkan ke pelayan cetak? Jika anda tidak pasti, rujuk kepada pentadbir pelayan cetak.
Adakah [Network discovery] dibolehkan? (Windows Vista/7/8/Server 2008/Server 2012)
Membolehkan [Network discovery]

Anda tidak dapat menyambung ke pencetak kongsi.

Pada rangkaian, adakah mesin muncul dalam kalangan pencetak bagi pelayan cetak? Jika ia tidak dipaparkan, hubungi pentadbir rangkaian atau pelayan.
Memaparkan Pencetak Dikongsi dalam Pelayan Cetak
111X-03L