Fungsi Biasa kepada Semua Tab (Tetapan)

Klik salah satu pautan berikut untuk lompat ke penerangan.

 
Lihat Fungsi Biasa kepada Semua Tab (Apa yang Boleh Anda Lakukan)

Penerangan mengenai Tetapan

[Profil]
Memilih profil menggunakan tetapan yang didaftarkan. Ini berguna untuk menyimpan tetapan yang kerap digunakan.
Mencetak Dengan Profil
[Tambah]
Membolehkan anda mendaftar tetapan semasa sebagai profil. Anda boleh menetapkan nama dll. dalam Kotak Dialog [Tambah Profil].
Menambah Profil
[Edit]
Membolehkan anda mengedit, mengimport dan mengeksport profil dalam Kotak Dialog [Edit Profil].
Mengedit Senarai Profil
[Kaedah Output]
Membolehkan anda memilih kaedah mengoutput data cetakan.
[Cetak]
Melakukan pencetakan normal.
[Tahan]
Menyimpan data cetakan buat sementara waktu dalam baris gilir pegangan dalam pencetak. Fungsi ini berguna apabila anda ingin melakukan pencetakan pruf. Anda boleh menetapkan nama data dalam Kotak Dialog [Tahan Butiran] dengan mengklik [Butiran].
Menggantung Pencetakan
[Pencetakan Selamat]
Melampirkan PIN (kata laluan) pada data cetakan dan menyimpannya dalam pencetak. Fungsi ini berguna apabila mencetak dokumen sulit dll. Anda boleh menetapkan nama pengguna dan PIN atau kata laluan dengan mengklik [Butiran].
Pencetakan Selamat
[Simpan]
Menyimpan data cetakan dalam kotak yang terdapat di dalam pencetak. Anda boleh menetapkan destinasi simpanan dengan mengklik [Butiran] (Kotak Dialog [Simpan Butiran]).
Menyimpan Data Cetakan
[Naik aras Cetak]
Mencetak kerja cetakan sebelum kerja cetakan lain selepas kerja cetakan semasa selesai.
[Edit dan Pratonton]
Menggabungkan berbilang fail menjadi satu semasa mencetak. Anda juga boleh melihat pratonton cetakan dan mengubah tetapan cetak. Mengklik [Butiran] membolehkan anda menetapkan kaedah output selepas Edit dan Pratonton. Jika anda memilih [Kunci], [Kaedah Output] dikunci dalam mod [Edit dan Pratonton]. Fungsi ini berguna untuk mengehadkan kaedah output bagi klien dalam persekitaran perkongsian pencetak.
Menggabungkan Berbilang Fail
[Kunci] hanya boleh ditetapkan apabila skrin pemacu pencetak dipaparkan dari menu Mula (lihat Mengubah Tetapan Lalai).
[Papar Tetapan]
Membolehkan anda menyemak tetapan semasa dalam senarai.