Mendaftar Tetapan yang Kerap Digunakan

Jika anda mendaftar tetapan anda yang kerap digunakan sebagai "tetapan kegemaran," anda boleh memanggil tetapan yang sama dengan cepat setiap kali anda membuat salinan, menghantar faks atau mengimbas. Selain itu, jika anda mendaftar tetapan rumit sebagai "tetapan kegemaran," anda boleh memanggilnya dengan cepat untuk operasi yang mudah. Anda juga boleh menetapkan gabungan tetapan berdaftar pada butang pintasan yang dipaparkan dalam skrin Rumah. Seksyen ini menerangkan cara mendaftar tetapan yang kerap digunakan dan cara memanggilnya apabila membuat salinan.
Anda juga boleh mendaftar destinasi faks atau imbasan dalam tetapan yang kerap digunakan, namun, ia tidak boleh diubah sebaik sahaja ia didaftarkan. Untuk mengubah destinasi berdaftar, padamkan tetapan dan kemudian, daftar ia sekali lagi.

Mendaftar Tetapan

1
Pilih <Salinan> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
2
Ubah nilai untuk tetapan yang ingin anda daftar. Pengendalian Salinan Asas
3
Pilih <Tetapan Lain>  <Tetapn Kegemaran>.
4
Pilih tetapan yang tidak berdaftar dan pilih <Daftar>.
Untuk mengubah kandungan tetapan yang berdaftar, pilih tetapan tersebut dan pilih <Edit>.
5
Semak butiran tetapan yang akan didaftarkan dan pilih <Daftar>.
Untuk mengubah nilai tetapan yang akan didaftarkan, pilih tetapan tersebut.
Untuk menamakan semula tetapan, pilih <Nama>. Berkenaan cara memasukkan teks, lihat Memasukkan Teks.
6
Pilih sama ada mahu mendaftar tetapan sebagai butang pintasan.
Jika anda memilih <Ya>, satu mesej muncul. Semak mesej tersebut dan kemudian, pilih <OK>. Gabungan tetapan berdaftar ditambahkan ke skrin Rumah sebagai butang pintasan.
Jika skrin Rumah penuh dan butang pintasan tidak boleh ditambah, gunakan <Tetapan Skrin Rumah> untuk memadamkan butang yang didaftarkan dan ruang kosong. Menyesuaikan Skrin Rumah
Tetapan berdaftar dikekalkan walaupun semasa mesin DIMATIKAN.
Jika anda mahu memadamkan tetapan berdaftar, pilih <Salinan>  <Tetapan Lain>  <Tetapan Kegemaran>  pilih tetapan tersebut dan pilih <Padam>  <Ya>.

Memanggil Semula Tetapan Berdaftar

Hanya pilih gabungan tetapan yang sesuai dengan tujuan anda daripada tetapan kegemaran.
<Salinan>  <Tetapan Lain>  <Tetapan Kegemaran> Pilih gabungan tetapan yang akan dipanggil semula dan pilih <Guna>
Sebaik sahaja anda telah memanggil semula gabungan tetapan, anda juga boleh mengubah tetapan salinan sebagaimana yang diperlukan.
29WY-03C