Pengendalian Salinan Asas

Bahagian ini menerangkan prosedur pengendalian asas yang digunakan untuk menyalin kertas asal.
1
Letakkan dokumen asal. Meletakkan Dokumen Asal
2
Pilih <Salinan> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
3
Pilih <Bilangan Salinan> dalam skrin Salin Ciri Asas. Skrin Salin Ciri Asas
4
Masukkan bilangan salinan dan pilih <Tutup>.
Jika anda telah memasukkan nilai yang salah, gunakan untuk mengosongkannya.
5
Tentukan tetapan salinan sebagaimana yang diperlukan.
Melaras Kepadatan
Penyalinan 2 Muka
Membesarkan atau Mengecilkan
Memilih Kertas Salinan
Untuk maklumat mengenai tetapan salinan lain, lihat Meningkatkan dan Melaraskan Kualiti Salinan atau Fungsi Salin Berguna.
6
Pilih <Mula>.
Penyalinan bermula.
Jika anda mahu membatalkannya, pilih <Batal>  <Ya>. Membatalkan Salinan
Apabila meletakkan dokumen asal dalam penyuap dengan langkah 1
Dokumen asal diimbas secara automatik.
Apabila meletakkan dokumen asal di atas kaca platen dengan langkah 1
Apabila mesej <Ttpn Krts dan Saiz Dmuat Tdk Spadan> atau <Ingatan telah penuh. Pengimbasan akan dibatalkan. Adakah anda ingin mencetak?> ditunjukkan dalam paparan. Langkah tindakan untuk Setiap Mesej
Apabila menyalin dokumen asal dengan teks atau imej yang berlanjutan ke pinggir halaman
Pinggir dokumen asal mungkin tidak disalin. Untuk maklumat lanjut mengenai margin imbasan, lihat Unit Utama.
Jika anda sentiasa ingin membuat salinan dengan tetapan yang sama: Mengubah Tetapan Lalai untuk Fungsi
Jika anda ingin mendaftar gabungan tetapan untuk digunakan apabila perlu: Mendaftar Tetapan yang Kerap Digunakan
29WY-03W