Menyemak Status dan Log Salinan

Anda boleh menyemak status salinan semasa dan log untuk dokumen yang disalin.
Apabila <Papar Log Kerja> ditetapkan kepada <Tak Aktif>, anda tidak boleh menyemak log tugas salinan. <Papar Log Kerja>
Berguna dalam Kes Berikut
Apabila tempoh masa yang lama sudah berlalu selepas mengimbas dokumen asal anda untuk disalin tetapi cetakan dokumen tersebut tidak bermula lagi, anda mungkin ingin melihat senarai menunggu bagi dokumen yang menunggu untuk dicetak.
Apabila anda tidak dapat mencari cetakan anda yang anda fikir telah disalin, anda mungkin ingin melihat sama ada ralat telah berlaku.
1
Pilih <Pgawas Status>.
2
Pilih <Kerja Salin/Cetak>.
3
Semak status salinan dan log.
Untuk menyemak status salinan
1
Pilih dokumen yang ingin anda semak statusnya dalam tab <Status Kerja Salin/Cetak>.
Memaparkan maklumat terperinci tentang dokumen.
Untuk menyemak log salinan
1
Pilih dokumen yang ingin anda semak lognya dalam tab <Log Kerja Salinan>.
<OK> dipaparkan apabila dokumen berjaya disalin dan <Ralat> dipaparkan apabila dokumen gagal disalin kerana ia telah dibatalkan atau terdapat beberapa ralat.
Memaparkan maklumat terperinci tentang dokumen.
Apabila nombor tiga digit ditunjukkan sekiranya <Ralat>
Nombor ini mewakili kod ralat. Langkah tindakan untuk Setiap Kod Ralat
29WY-03Y