Menerima Faks

Seksyen ini menerangkan kaedah untuk menerima faks dan cara untuk menyediakan mesin bagi menerima faks. Anda perlu melengkapkan beberapa prosedur untuk menggunakan fungsi faks sebelum menentukan tetapan penerimaan. Menkonfigurasi Tetapan Awal untuk Fungsi Faks
Mesin boleh mencetak dokumen faks yang diterima pada kertas bersaiz A4 atau Surat. Jika dokumen faks yang diterima dicetak pada saiz kertas lain, sebahagian halaman mungkin tidak dicetak atau halaman mungkin dicetak pada dua helaian kertas berasingan.

Kaedah untuk Menerima Faks

Mesin menyediakan kaedah penerimaan berikut. Pilih kaedah yang paling sesuai dengan keperluan anda dan kemudian, sediakannya dengan mengikuti prosedur dalam Menyediakan Mesin untuk Menerima Faks.
<Auto>
Dikhususkan untuk menerima faks
Mesin menerima faks secara automatik. Walaupun seseorang membuat panggilan kepada anda, anda tidak boleh bercakap dengan pemanggil.
<Faks/Telefon (Penukaran Auto)>
Apabila panggilan ialah faks
Mesin menerima faks secara automatik.
Apabila panggilan ialah panggilan telefon
Panggilan masuk berdering. Angkat gagang untuk menjawab panggilan.
Anda perlu menyambung telefon anda atau gagang pilihan ke mesin terlebih dahulu.
<Manual>
Apabila panggilan ialah faks
Panggilan masuk berdering. Angkat gagang. Jika anda mendengar bunyi bip, pilih   <Faks>  <Mula Mnerima> untuk menerima faks.
Apabila panggilan ialah panggilan telefon
Panggilan masuk berdering. Angkat gagang. Jika anda tidak mendengar bunyi bip, mulakan perbualan anda.
Anda perlu menyambung telefon anda atau gagang pilihan ke mesin terlebih dahulu.
Anda boleh menetapkan mesin untuk menerima faks secara automatik apabila panggilan masuk berdering dalam tempoh masa tertentu. <Tukar ke RX Auto>
<Mesin Menjawab>
Apabila panggilan ialah faks
Selepas panggilan masuk berdering, mesin menerima faks secara automatik.
Apabila panggilan ialah panggilan telefon
Mesin menjawab menjadi aktif, membolehkan pemanggil meninggalkan mesej. Jika anda mengangkat gagang sebelum mesin menjawab mula merakam mesej, anda boleh bercakap dengan pemanggil.
Anda perlu menyambung mesin menjawab anda ke mesin terlebih dahulu.
Tetapkan mesin menjawab untuk menjawab selepas beberapa deringan.
Kami mengesyorkan anda menambah lebih kurang 4 saat senyap pada permulaan mesej atau menetapkan masa rakaman maksimum kepada 20 saat.
<Penukaran Rangkaian>
Mesin berbeza antara faks dan panggilan telefon. Mod ini hanya tersedia untuk Australia dan New Zealand serta memerlukan langganan ke perkhidmatan pertukaran rangkaian.
Anda perlu menyambung telefon anda atau gagang pilihan ke mesin terlebih dahulu.
Telstra FaxStream. Duet (Hanya untuk Australia)
Di Australia, Telstra menawarkan FaxStream. Keupayaan duet. Perkhidmatan ini menentukan dua nombor ke talian telefon tunggal: satu untuk faks dan satu untuk panggilan telefon. Apabila nombor faks dihubungi, rangkaian menghantar nada deringan khusus yang dikenali oleh mesin anda dan mengendalikannya secara automatik sebagai panggilan faks. Jika nombor telefon dihubungi, nada dering berbeza dihantar keluar daripada rangkaian supaya panggilan dikendalikan sebagai panggilan telefon. Ini bermaksud bahawa tiada lengah pertukaran di talian pemanggil. Hubungi Telstra untuk maklumat sambungan.
Dering tiga kali (pendek-pendek-pendek) untuk penerimaan faks.
Tiga deringan pendek, pada selang masa tetap.
Sebarang deringan kecuali tiga kali deringan (bergantung pada papan suis anda) untuk perbualan telefon.
Anda perlu melanggan ke perkhidmatan FaxStream terlebih dahulu.
Telecom FaxAbility (Hanya untuk New Zealand)
Di Australia, Telstra menawarkan FaxStream. Keupayaan duet. Perkhidmatan ini menentukan dua nombor ke talian telefon tunggal: satu untuk faks dan satu untuk panggilan telefon. Apabila nombor faks dihubungi, rangkaian menghantar nada deringan khusus yang dikenali oleh mesin anda dan mengendalikannya secara automatik sebagai panggilan faks. Jika nombor telefon dihubungi, nada dering berbeza dihantar keluar daripada rangkaian supaya panggilan dikendalikan sebagai panggilan telefon. Ini bermaksud bahawa tiada lengah pertukaran di talian pemanggil. Hubungi Telecom untuk maklumat sambungan.
Anda perlu melanggan ke perkhidmatan FaxAbility terlebih dahulu.
Bergantung pada jenis telefon yang bersambung dengannya, mesin mungkin tidak dapat menghantar atau menerima faks dengan betul.
Jika anda menyambung telefon luaran dengan fungsi faks, tetapkan telefon supaya tidak menerima faks secara automatik.
Jika anda mengangkat gagang telefon dan mendengar bip, panggilan ialah faks. Anda boleh menerima faks hanya dengan menggunakan telefon untuk memasukkan nombor ID khusus. Menggunakan Telefon untuk Menerima Faks (Penerimaan Jauh)

Menyediakan Mesin untuk Menerima Faks

1
Pilih <Faks> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
Jika skrin log masuk muncul, tentukan nama pengguna, kata laluan dan pelayan pengesahan. Melog masuk ke Penghantaran Dibenarkan
2
Pilih <Mod RX> dalam tab <Tetapan TX/RX> bagi skrin Ciri Asas Faks. Skrin Ciri Asas Faks
3
Pilih kaedah penerimaan.
Apabila memilih <Faks/Telefon (Penukaran Auto)>
Jika anda ingin mencetak dokumen yang diterima pada kedua-dua muka kertas: <Ctak pd Kedua-Dua Muka>
Jika anda ingin mencetak maklumat, seperti tarikh dan masa penerimaan, di bahagian bawah dokumen yang diterima: <Cetak Pengaki Halaman RX>
Jika anda ingin meneruskan cetakan walaupun semasa jumlah baki dalam kartrij toner adalah rendah: <Terus Cetak Apbl Krtrij Rendah>

Menggunakan Telefon untuk Menerima Faks (Penerimaan Jauh)

Apabila anda mengangkat telefon dan mendapat isyarat faks, anda tidak perlu pergi ke mesin untuk menerima faks tersebut. Hanya masukkan nombor ID tertentu dengan telefon dan anda boleh mula menerima faks.
Apabila telefon tidak disambungkan secara terus dengan mesin, fungsi penerimaan jauh tidak tersedia.
1
Apabila panggilan masuk berdering, angkat gagang telefon.
2
Jika anda mendengar bip, masukkan nombor ID untuk Penerimaan Jauh dengan telefon.
Untuk maklumat lanjut tentang menetapkan nombor ID, lihat <RX Kawalan Jauh>.
3
Angkat gagang.
29WY-04H