Mengkonfigurasi Tetapan Ethernet

 
Ethernet merupakan standard untuk berkomunikasi data dalam rangkaian kawasan setempat (LAN). Anda boleh menetapkan mod komunikasi dan jenis Ethernet. Secara amnya, mesin boleh digunakan tanpa mengubah (<Tetapan Pemacu Ethernet>) lalai, tetapi anda boleh mengubah tetapan ini supaya sesuai dengan persekitaran rangkaian anda.
1
Pilih <Menu> dalam skrin Rumah. Skrin Rumah
2
Pilih <Keutamaan>  <Rangkaian>.
Jika skrin log masuk muncul, masukkan ID dan PIN yang betul. Melog masuk ke Mesin
3
Pilih <Tetapan Pemacu Ethernet>.
4
Pilih sama ada mahu mengkonfigurasi tetapan Ethernet secara automatik atau manual.
Jika pengesanan auto didayakan, mesin mengesan dan menetapkan mod komunikasi dan jenis Ethernet yang boleh digunakan secara automatik.
Mengkonfigurasi tetapan Ethernet secara automatik
Pilih <Aktif> dalam <Pgesann Auto>.
Mengkonfigurasi tetapan Ethernet secara manual
1
Pilih <Tak Akt> dalam <Pgesann Auto>.
2
<Mod Komunikasi>  pilih mod komunikasi.
<Dupleks Separa>
Hantar dan terima data komunikasi secara berselang-seli. Pilih apabila mesin disambungkan dengan peranti rangkaian menggunakan dupleks separuh.
<Dupleks Penuh>
Hantar dan terima data komunikasi secara serentak. Guna tetapan ini untuk kebanyakan persekitaran.
3
<Jenis Ethernet>  pilih jenis Ethernet.
4
Pilih <Guna>.
5
Pilih <OK>.
6
Mulakan semula mesin.
MATIKAN mesin, tunggu selama sekurang-kurangnya 10 saat, dan HIDUPKAN semula.
29WY-010