Masalah dengan Hasil Cetakan

Imej yang dicetak tersesar atau terpencong.

Adakah panduan kertas tidak sejajar?

Padankan panduan kertas dengan kertas yang dimuatkan dalam sumber kertas.

Jalur Muncul/Pencetakan Tidak Sekata

Adakah anda menggunakan kertas yang sesuai?

Periksa kertas yang boleh digunakan dan gantikan dengan kertas yang sesuai.
Kertas yang Ada
Operasi Pemuatan Kertas

Sudahkah anda membersihkan unit penetapan?

Bersihkan unit penetapan.
<Brsihkan Penggelek Tekanan utk Penetapan>

Adakah jumlah baki toner di dalam kartrij toner semakin sedikit?

Periksa jumlah kandungan toner yang tinggal dan gantikan kartrij toner jika perlu.
Menggantikan Katrij Toner

Adakah ini masanya untuk menggantikan kartrij toner?

Bahan di dalam kartrij toner mungkin telah rosak. Gantikan kartrij toner.
Menggantikan Katrij Toner

Adakah anda menggunakan mesin dalam persekitaran yang berkelembapan tinggi?

Tukar tetapan [Humid Environment Mode]. Menetapkan kepada [High Humidity] boleh menambah baik masalah ini.
Tetapan Pengurusan Jenis Kertas
Menetapkan kepada [High Humidity] boleh menyebabkan imej atau teks yang dicetak menjadi kabur apabila digunakan dalam persekitaran berkelembapan rendah.

Adakah pembetulan ketidakpadanan warna atau pembetulan rona telah dilakukan dengan betul?

Jika kesan ketidakpadanan warna atau jalur (garisan) berwarna sangat tidak dapat diterima, lakukan penentukuran.
Melaraskan Pendaftaran dan Intensiti Warna Secara Automatik

Adakah hanya warna penghujung imej yang dicetak pekat?

Tukar tetapan <Btulkn Pntpn Phjng Sms Mgnakn Krts Biasa>. Menetapkan kepada <Aktif> boleh menambah baik masalah ini.
<Laras Kualiti Imej>
Menetapkan kepada <Aktif> mengurangkan kelajuan cetakan.

Imej tidak dicetak pada bahagian kertas yang dimaksudkan.

Adakah orientasi kertas yang dimuatkan betul?

Semak orientasi dan bahagian tepi kertas yang menghadap ke atas. Muatkan kertas lagi jika ia terorientasi dengan tidak betul.
Operasi Pemuatan Kertas

Imej tidak dicetak mengikut ukuran yang dimaksudkan.

Adakah saiz asal kertas dan saiz yang dimuatkan sepadan?

Gantikan kertas yang dimuatkan dengan kertas mengikut saiz yang anda mahu cetakkan.
Padankan [Saiz Output] di dalam pemacu pencetak dengan saiz kertas untuk dicetak.

Orientasi tidak sepadan dengan kedua-dua bahagian kertas apabila menggunakan pencetakan dua muka.

Adakah tetapan untuk pencetakan dua muka betul?

Ikuti prosedur di bawah untuk menyemak tetapan cetakan.
1
Pilih orientasi asal pada skrin tetapan cetakan aplikasi.
2
Pada skrin pemacu [Basic Settings], tetapkan [Orientasi] kepada orientasi yang sama seperti anda tetapkan dalam langkah 1.
3
Semasa menyemak pratonton cetak, tetapkan [Tataletak Halaman] [Urutan Halaman] [Pencetakan 1 muka/2 muka/Buku kecil] [Lokasi Pengikatan].
[Urutan Halaman] dipaparkan apabila [Tataletak Halaman] ditetapkan kepada [2 atas 1] atau lebih tinggi.

Kotoran Muncul pada Cetakan

Adakah anda menggunakan kertas yang sesuai?

Periksa kertas yang boleh digunakan dan gantikan dengan kertas yang sesuai.
Kertas yang Ada
Operasi Pemuatan Kertas

Adakah kotoran muncul pada cetakan apabila anda menggunakan mesin dalam persekitaran berkelembapan rendah?

Tukar tetapan untuk [Humid Environment Mode]. Menetapkan item ini kepada [Low Humidity 1] boleh menyelesaikan masalah.
Tetapan Pengurusan Jenis Kertas
Jika anda memilih [Low Humidity 1] dan menggunakan mesin dalam persekitaran berkelembapan tinggi, ketumpatan cetakan boleh menjadi lebih ringan atau tidak sekata.

Adakah kotoran muncul pada cetakan bergantung pada jenis kertas atau persekitaran operasi?

Tukar tetapan untuk <Btulkn Pntpn Phjng Sms Mgnakn Krts Biasa>. Menetapkan item ini kepada <Aktif> boleh menyelesaikan masalah.
<Laras Kualiti Imej>
Jika anda memilih <Aktif>, kelajuan cetakan akan menjadi lebih perlahan.

Kotoran dan Percikan Toner Muncul

Adakah anda menggunakan kertas yang sesuai?

Periksa kertas yang boleh digunakan dan gantikan dengan kertas yang sesuai.
Kertas yang Ada
Operasi Pemuatan Kertas

Adakah anda menggunakan mesin dalam persekitaran yang berkelembapan rendah?

Tukar tetapan [Humid Environment Mode]. Menetapkan kepada [Low Humidity 2] boleh menambah baik masalah ini.
Tetapan Pengurusan Jenis Kertas

Imej Tinggal Muncul dalam Kawasan Kosong

Adakah anda menggunakan kertas yang sesuai?

Periksa kertas yang boleh digunakan dan gantikan dengan kertas yang sesuai.
Kertas yang Ada
Operasi Pemuatan Kertas

Adakah jumlah baki toner di dalam kartrij toner semakin sedikit?

Periksa jumlah kandungan toner yang tinggal dan gantikan kartrij toner jika perlu.
Menggantikan Katrij Toner

Adakah ini masanya untuk menggantikan kartrij toner?

Bahan di dalam kartrij toner mungkin telah rosak. Gantikan kartrij toner.
Menggantikan Katrij Toner

Adakah suhu penetapan sesuai?

Tukar tetapan <Laraskan Suhu Penetapan>. Menetapkan kepada <Rendah> boleh menambah baik masalah ini.
<Laras Kualiti Imej>

Cetakan samar atau jalur muncul

Adakah jumlah baki toner di dalam kartrij toner semakin sedikit?

Periksa jumlah kandungan toner yang tinggal dan gantikan kartrij toner jika perlu.
Menggantikan Katrij Toner

Adakah ini masanya untuk menggantikan kartrij toner?

Bahan di dalam kartrij toner mungkin telah rosak. Gantikan kartrij toner.
Menggantikan Katrij Toner

Adakah anda menggunakan kertas yang sesuai?

Periksa kertas yang boleh digunakan dan gantikan dengan kertas yang sesuai. Tentukan juga tetapan saiz dan jenis kertas dengan betul.
Kertas yang Ada
Operasi Pemuatan Kertas
Menentukan Saiz dan Jenis Kertas

Adakah anda menggunakan kertas yang mempunyai habuk kertas yang banyak?

Tukar tetapan [Reduce Image Defects Caused by Paper Dust]. Menetapkan kepada [On] boleh menambah baik masalah ini.
Tetapan Pengurusan Jenis Kertas
Menetapkan kepada [On] boleh menurunkan kelajuan cetakan.

Bintik Putih Muncul

Adakah anda menggunakan kertas yang telah menyerap kelembapan?

Gantikan dengan kertas yang sesuai.
Operasi Pemuatan Kertas

Adakah anda menggunakan kertas yang sesuai?

Periksa kertas yang boleh digunakan dan gantikan dengan kertas yang sesuai.
Kertas yang Ada
Operasi Pemuatan Kertas

Adakah jumlah baki toner di dalam kartrij toner semakin sedikit?

Periksa jumlah kandungan toner yang tinggal dan gantikan kartrij toner jika perlu.
Menggantikan Katrij Toner

Adakah ini masanya untuk menggantikan kartrij toner?

Bahan di dalam kartrij toner mungkin telah rosak. Gantikan kartrij toner.
Menggantikan Katrij Toner

Adakah anda menggunakan mesin dalam persekitaran yang berkelembapan rendah?

Tukar tetapan [Humid Environment Mode]. Menetapkan kepada [Low Humidity 2] boleh menambah baik masalah ini.
<Laras Kualiti Imej>

Apabila melakukan cetakan dua muka, adakah bintik putih muncul?

Tukar tetapan <Mod Pencegahan Corak Titisan Air>. Menetapkan kepada <Aktif> boleh menambah baik masalah ini.
<Laras Kualiti Imej>
Menetapkan kepada <Aktif> mengurangkan kelajuan cetakan.

Bintik Hitam Muncul

Sudahkah anda membersihkan unit penetapan?

Bersihkan unit penetapan.
<Brsihkan Penggelek Tekanan utk Penetapan>

Belakang Kertas menjadi Kotor

Adakah anda telah memuatkan kertas yang lebih kecil daripada saiz data cetakan?

Semak untuk memastikan bahawa saiz kertas sepadan dengan saiz data cetakan.

Sudahkah anda membersihkan unit penetapan?

Bersihkan unit penetapan.
<Brsihkan Penggelek Tekanan utk Penetapan>

Sudahkah anda membersihkan penggulung pemindahan sekunder?

Tukar tetapan <Autobersih Penggelek Pindahan Sekunder>. Menetapkan kepada <Aktif> boleh menambah baik masalah ini.
<Laras Kualiti Imej>
Menetapkan kepada <Aktif> boleh mengurangkan kelajuan cetakan.

Kawasan yang sudah diisi tidak dicetak dengan baik

Kawasan yang sudah diisi tidak dicetak dengan baik

Tukar tetapan <Mod Plarasn Imej Kwsn Isian Kertas Biasa>. Menetapkan kepada <Aktif> boleh menambah baik masalah ini.
<Laras Kualiti Imej>
Tukar kepada <Aktif> hanya apabila anda menggunakan kertas dengan permukaan yang berkilat. Masalah pencetakan mungkin berlaku.

Adakah anda menggunakan kertas (tebal) dengan permukaan yang berkilat?

Tukar tetapan <Mod Plarasn Imej Kwsn Isian Kertas Tebal>. Menetapkan kepada <Aktif> boleh menambah baik masalah ini.
<Laras Kualiti Imej>
Tukar kepada <Aktif> hanya apabila anda menggunakan kertas tebal dengan permukaan yang berkilat. Masalah pencetakan mungkin berlaku.

Bintik seperti Titisan Air atau Jalur Muncul

Adakah kertas menjadi kotor apabila mencetak pada kedua-dua muka?

Tukar tetapan <Mod Pencegahan Corak Titisan Air>. Menetapkan kepada <Aktif> boleh menambah baik masalah ini.
<Laras Kualiti Imej>
Menetapkan kepada <Aktif> boleh mengurangkan kelajuan cetakan.

Toner Imej yang Dicetak Menjadi Menggelupas

Adakah anda menggunakan kertas yang sesuai?

Periksa kertas yang boleh digunakan dan gantikan dengan kertas yang sesuai.
Kertas yang Ada
Operasi Pemuatan Kertas

Adakah suhu penetapan sesuai?

Tukar tetapan <Laraskan Suhu Penetapan>. Menetapkan kepada <Tinggi 1> boleh menambah baik masalah ini.
<Laras Kualiti Imej>
Jika menetapkan kepada <Tinggi 1> tidak menambah baik masalah dengan keputusan yang memuaskan, tetapkan kepada <Tinggi 2>. Tetapi, kelajuan cetakan berkurang.

Kertas Merenyuk

Adakah kertas dimuatkan dengan betul?

Jika kertas tidak dimuatkan di bawah garisan had pemuatan atau panduan had pemuatan, atau dimuatkan pada sudut, kertas mungkin renyuk.
Operasi Pemuatan Kertas

Adakah anda menggunakan kertas yang telah menyerap kelembapan?

Gantikan dengan kertas yang sesuai.
Operasi Pemuatan Kertas

Adakah anda menggunakan kertas yang sesuai?

Periksa kertas yang boleh digunakan dan gantikan dengan kertas yang sesuai.
Kertas yang Ada
Operasi Pemuatan Kertas

Adakah renyutan terbentuk apabila anda mencetak pada kertas nipis?

Tukar tetapan [Reduce Thin Paper Waviness]. Memilih [On] boleh menambah baik masalah ini.
Tetapan Pengurusan Jenis Kertas
Jika anda memilih [On], cetakan mungkin pudar.

Adakah kedutan muncul apabila mencetak pada kertas nipis atau biasa dalam persekitaran berkelembapan tinggi?

Tukar tetapan [Reduce Thin/Plain Paper Wrinkles]. Menetapkan kepada [On] boleh menambah baik masalah ini.
Tetapan Pengurusan Jenis Kertas
Menetapkan kepada [On] menurunkan kelajuan cetakan.
Bergantung pada persekitaran, kertas yang dimuatkan ke dalam laci kertas mungkin menyerap lembapan dan kedutan mungkin muncul semasa mencetak. Dalam keadaan ini, mengurangkan helaian kertas baharu yang akan dimuatkan pada masa seterusnya boleh mengelakkan kedutan.

Adakah ini berlaku apabila anda mencetak pada sampul surat?

Tukar tetapan [Reduce Envelope Wrinkles]. Menetapkan kepada [On] boleh menambah baik masalah ini.
Tetapan Pengurusan Jenis Kertas
Menetapkan kepada [On] boleh menyebabkan imej yang dicetak menjadi samar.

Kertas Bergulung

Adakah anda menggunakan kertas yang telah menyerap kelembapan?

Gantikan dengan kertas yang sesuai.
Operasi Pemuatan Kertas
Apabila tetapan semasa jenis kertas ialah <Biasa 1>, tukarkan tetapan tersebut kepada <Biasa 2>.
Menentukan Saiz dan Jenis Kertas

Adakah masalah ini berlaku apabila mencetak pada beberapa jenis kertas seperti kertas biasa atau kertas nipis?

Tetapkan <Mod 1> kepada <Aktif> di bawah <Mod Pencegahan Gulung>.
<Laras Kualiti Imej>
Jika anda memilih <Aktif>, kualiti cetakan mungkin berkurangan.
Jika menetapkan <Mod 1> kepada <Aktif> tidak mengurangkan kertas tergulung, tetapkan <Mod 2> kepada <Aktif>. Jika menetapkan <Mod 1> dan <Mod 2> kepada <Aktif> tidak mengurangkan kertas tergulung, tetapkan <Mod 1> dan <Mod 2> kepada <Tak Aktif>, dan tetapkan <Tukar Kaedah Suapan Kertas> kepada <Keutamaan Muka Pencetakan>.

Adakah anda menggunakan kertas yang sesuai?

Periksa kertas yang boleh digunakan dan gantikan dengan kertas yang sesuai. Tentukan juga tetapan saiz dan jenis kertas dengan betul.
Kertas yang Ada
Operasi Pemuatan Kertas
Menentukan Saiz dan Jenis Kertas
Balikkan kertas (depan ke belakang) supaya bahagian cetakan ditukar, dan kemudian muat semula kertas.
Jarang sekali, gejala mungkin bertambah teruk bergantung pada jenis kertas yang anda gunakan. Dalam keadaan ini, balikkan semula bahagian cetakan kepada asal.

Kertas Tidak Disuapkan/Dua atau Lebih Helaian Disuapkan Bersama-sama

Adakah kertas dimuatkan dengan betul?

Tebarkan tindanan kertas dengan teliti supaya kertas tidak melekat bersama.
Periksa jika kertas dimuatkan dengan betul.
Operasi Pemuatan Kertas
Periksa jika bilangan helaian kertas yang dimuatkan adalah sesuai dan kertas yang sesuai digunakan.
Kertas yang Ada
Operasi Pemuatan Kertas
Periksa jika terdapat saiz dan jenis kertas yang bercampur-campur dimuatkan bersama.

Adakah keadaan ini berlaku apabila anda menyuap kertas daripada Dulang MP?

Tukar tetapan [Adjust Paper Conveyance in Multi-Purpose Tray]. Menetapkan kepada [On] boleh menambah baik masalah ini.
Tetapan Pengurusan Jenis Kertas
Menetapkan kepada [On] boleh menurunkan kelajuan cetakan.
9Y8W-09W