Kod Ralat Dipaparkan
Jika pencetakan tidak dapat dilakukan, I-Fax tidak dapat diterima, atau ralat lain berlaku, kod ralat (nombor tiga digit bermula dengan "#") dipaparkan dalam log kerja.
Pilih kod ralat daripada senarai di bawah, dan lihat cara untuk melakukan pencarisilapan bagi ralat tersebut.
|
Jika masalah berterusan walaupun selepas mencuba kaedah pencarisilapan, hubungi pengedar atau wakil perkhidmatan anda. Jika Masalah Berterusan |
#037
Pencetakan tidak dapat dilakukan disebabkan oleh saiz fail.
Kurangkan Saiz Fail atau Bahagikan Fail Kepada Beberapa Bahagian.
Optimumkan fail untuk menjadikannya lebih kecil, atau bahagikannya kepada beberapa bahagian dan kemudian cetaknya.
#099
Kerja dibatalkan.
Ini bukan merupakan kerosakan. Lakukan operasi sekali lagi, sebagaimana yang diperlukan.
#408
Peranti memori USB mungkin telah ditanggalkan, atau peranti memori USB telah diformat dengan sistem fail yang tidak disokong.
Adakah Peranti Memori USB Telah Ditanggalkan?
Periksa orientasi peranti memori USB, dan masukkannya dengan betul ke dalam mesin.
Memasukkan dan Menanggalkan Peranti Memori USBAdakah Peranti Memori USB Diformat Dengan Sistem Fail yang Disokong?
Anda boleh menggunakan peranti memori USB dengan sistem fail FAT16 atau FAT32.
#701
Pengesahan tidak dapat dilakukan disebabkan oleh pemasukan ID Jabatan dan PIN yang salah. Atau, pengguna cuba melakukan operasi yang disekat dengan Pengurusan ID Jabatan tanpa memasukkan ID Jabatan.
Masukkan ID Jabatan dan PIN yang Betul.
Jika ID Jabatan dan PIN anda hilang, hubungi pentadbir sistem.
Untuk Membatalkan Sekatan, Tukar Tetapan [Department ID Management].
Log masuk ke UI Jauh dalam Mod Pengurus Sistem [Settings/Registration] [User Management] [Department ID Management] [Edit] tandakan kotak semak [Allow Print Jobs with Unknown IDs] [OK] |
Pada panel kawalan, pilih [Menu] di skrin [Rumah], dan kemudian pilih [Tetapan Pengurusan] untuk menukar tetapan.
[Pengurusan ID Jabatan]#752
Nama pelayan POP3 tidak dikonfigurasikan dengan betul, atau mesin tidak disambungkan dengan betul ke rangkaian.
Konfigurasikan Nama Pelayan POP3 Dengan Betul.
Periksa Status dan Tetapan Rangkaian.
Jika mesin tidak disambungkan ke rangkaian, konfigurasikan semula tetapan rangkaian.
Memeriksa Status dan Tetapan RangkaianMenetapkan Rangkaian#753
Mesin tidak dapat disambungkan ke rangkaian kerana kabel Ethernet telah tertanggal.
Periksa Sama Kabel Ethernet Telah Disambungkan Dengan Betul.
#766
Sijil telah luput.
Perbaharui sijil, atau gunakan sijil yang belum luput.
Adakah masa dan tarikh semasa pada mesin adalah betul?
Periksa tetapan tarikh dan masa. Jika tetapan adalah salah, tetapkan zon masa, dan kemudian tetapan masa dan tarikh semasa.
Menetapkan Tarikh dan Masa#802
Nama pelayan POP3 tidak ditetapkan dengan betul.
Apabila Menerima I-Fax, Tetapkan Nama Pelayan POP3 Dengan Betul.
#810
Mesin tidak dapat menyambung ke pelayan POP3, atau maklumat pelayan POP3 tidak ditetapkan dengan betul.
Periksa Status dan Tetapan Rangkaian.
Jika mesin tidak disambungkan ke rangkaian, konfigurasikan semula tetapan rangkaian.
Memeriksa Status dan Tetapan RangkaianMenetapkan RangkaianTetapkan maklumat pelayan POP3 dengan betul.
Periksa Status Pelayan POP3.
Periksa sama ada pelayan POP3 beroperasi dengan baik pada rangkaian. Untuk maklumat lanjut mengenai status pelayan POP3, hubungi pembekal anda.
#816
Telah mencapai bilangan halaman maksimum yang boleh dicetak untuk jabatan.
Periksa Penggunaan, dan Tetapkan semula Kiraan Kepada Sifar.
#818
Data yang diterima adalah dalam format yang tidak boleh dicetak.
Minta penghantar untuk menukar format fail dan hantar semula fail tersebut.
#819
Data yang diterima mempunyai maklumat MIME yang tidak sah dan tidak boleh diproses.
Minta penghantar untuk memeriksa tetapan dan menghantar semula data tersebut.
#820
Data yang diterima mempunyai data BASE64 atau uuencode yang tidak sah dan tidak boleh diproses.
Minta penghantar untuk memeriksa tetapan dan menghantar semula data tersebut.
#821
Data yang diterima mempunyai ralat analisis TIFF dan tidak boleh diproses.
Minta penghantar untuk memeriksa tetapan dan menghantar semula data tersebut.
#822
Format fail tidak disokong, dan pencetakan tidak dapat dilakukan.
Simpan menggunakan format fail yang disokong.
Format fail berikut boleh dicetak daripada peranti memori USB:
JPEG (DCF, Exif2.21 atau sebelumnya, JFIF)
TIFF (pemampatan JPEG, MH, MR, MMR)
PDF
#827
Data yang diterima mempunyai maklumat MIME yang tidak disokong dan tidak boleh diproses.
Minta penghantar untuk memeriksa tetapan dan menghantar semula data tersebut.
#829
Data yang diterima melebihi saiz maksimum yang boleh diterima oleh mesin.
Minta Penghantar Memeriksa dan Menghantar semula Data.
Apabila Menerima I-Faks
Mesin tidak dapat menerima e-mel yang melebihi 24 MB. Minta penghantar untuk mengurangkan saiz e-mel kepada 24 MB atau lebih kecil dan menghantarnya semula.
#852
Kuasa mesin dimatikan oleh kerana sebab tertentu.
Pastikan palam kuasa dimasukkan dengan kemas ke dalam saluran keluar.
#853
Pencetakan atau Cetak Selamat gagal kerana sebab tertentu.
Jika operasi dibatalkan semasa data cetakan dihantar daripada komputer ke mesin, cuba cetak sekali lagi.
Jika tidak, periksa yang berikut:
Adakah Anda Mencetak Kerja Dalam Jumlah yang Besar?
Volum data mungkin telah melebihi kapasiti pemprosesan mesin. Kurangkan bilangan halaman untuk dicetak, atau cetak apabila tiada data cetakan yang sedang dicetak atau menunggu untuk dicetak.
Adakah Data Untuk Dicetak Telah Rosak?
Jika data telah rosak, perbetulkan data.
Adakah Anda Cuba Mencetak Fail PDF daripada Peranti Memori USB?
Apabila mencetak fail PDF yang dilindungi oleh kata laluan, masukkan kata laluan sebelum mencetak.
Model Panel Sentuhan
Skrin [Rumah] pada panel kawalan [Cetakan Media Ingatan] pilih fail untuk dicetak [Guna] [Tetapkan Butiran PDF] [Kata Laluan untuk Buka Dokumen] masukkan kata laluan [Guna] |
Model LCD Hitam dan Putih
Adakah Anda Cuba Mencetak Dengan Cetak Selamat?
Mesin mungkin dikonfigurasikan untuk tidak menggunakan fungsi Cetak Selamat. Cuba salah satu daripada kaedah berikut:
Dayakan Cetak Selamat.
Mesin mesti dimulakan semula untuk menggunakan tetapan ini.
Log masuk ke UI Jauh dalam Mod Pengurus Sistem [Settings/Registration] [Secure Print Settings] [Edit] tandakan kotak semak [Secure Print] [OK] mulakan semula mesin |
Di panel kawalan, pilih [Menu] di skrin [Rumah], dan kemudian pilih [Tetapan Fungsi] untuk mengkonfigurasi tetapan.
[Cetakan Selamat]Cetak tanpa menggunakan fungsi Cetak Selamat.
Adakah Data Cetak Selamat Dibiarkan Buat Beberapa Ketika?
Jika pencetakan data Cetak Selamat tidak dilakukan selepas tempoh masa yang ditetapkan, data akan dipadamkan daripada memori secara automatik. Jika tempoh simpan telah berlalu dan data dipadamkan secara automatik, cuba cetak menggunakan Cetak Selamat sekali lagi.
#861
Anda menggunakan pemacu pencetak yang tidak disokong, atau data yang anda cuba cetak telah rosak.
Gunakan pemacu pencetak mesin, dan cuba cetak sekali lagi.
Adakah Data Untuk Dicetak Telah Rosak?
Jika data telah rosak, perbetulkan data.
#863
Ralat berlaku, menyebabkan pencetakan terhalang.
Mulakan semula Mesin, dan Kemudian Cetak Data Sekali Lagi.
#934
Kerja dipadam oleh fungsi Padam Kerja yang Digantung Secara Automatik.
Selesaikan Ralat yang Menyebabkan Kerja Digantung.
Selesaikan ralat, dan cuba cetak sekali lagi.
* Nyahdayakan fungsi Padam Kerja yang Digantung Secara Automatik, atau tukar masa sehingga data dipadam secara automatik.
[Padamkn Krja Trgantung secara Auto]#995
Menerima kerja menunggu telah dibatalkan.
Cuba untuk terima kerja tersebut sekali lagi, sebagaimana yang diperlukan.