Menyimpan Dokumen Yang Diterima dalam Mesin (Penerimaan Memori)

 
Anda boleh menyimpan faks yang diterima dalam memori mesin dan kemudian, mencetaknya pada masa lain. Ciri ini boleh menghalang individu tanpa kebenaran daripada melihat dokumen sulit secara tidak sengaja.

Menyimpan Dokumen ke Memori

Untuk menyimpan dokumen yang diterima dalam memori, tetapkan <Gunakan Kunci Ingatan> kepada <Aktif>. Anda boleh mengkonfigurasi tetapan untuk membolehkan anda melakukan pratonton dokumen yang diterima menggunakan Remote UI. Anda juga boleh menentukan tetapan untuk mengaktifkan fungsi Penerimaan Memori sahaja semasa tempoh masa yang ditentukan.
<Menu>  <Tetapan Fungsi>  <Terima/Majukan>  <Tetapan Biasa>  <Tetapkan Peti Masuk Faks/I-Faks>  <Tetapan Kunci Ingatan Faks>  Pilih <Aktif> dalam <Gunakan Kunci Ingatan>  Tentukan setiap tetapan  <Guna>  
<Gunakan Pratonton Faks>
Tentukan sama ada ingin melakukan pratonton dokumen diterima yang disimpan dalam memori. Pilih <Aktif> untuk melakukan pratonton dokumen menggunakan Remote UI. Menyemak Status Semasa Dokumen Yang Diterima
<Cetakan Laporan>
Membolehkan anda mencetak laporan Keputusan RX setiap kali dokumen disimpan dalam memori. Untuk mencetak laporan, pilih <Aktif>. Anda juga perlu menetapkan <Laporan Keputusan RX> kepada <Aktif>. Laporan Hasil RX
<Tetapkan Masa Kunci Ingatan>
Tentukan sama ada ingin mengaktifkan fungsi Penerimaan Memori sahaja semasa tempoh waktu tertentu. Pilih <Aktif> untuk mengaktifkan fungsi Penerimaan Memori sahaja semasa tempoh waktu yang ditentukan dalam <Masa Kunci Ingatan>.
<Masa Kunci Ingatan>
Tetapkan masa untuk memulakan dan menamatkan fungsi Penerimaan Memori.
Anda tidak boleh menentukan <Gunakan Pratonton Faks> dan <Tetapkan Masa Kunci Ingatan> pada masa yang sama.

Mencetak Dokumen dalam Memori

Untuk mencetak dokumen yang diterima dalam memori, tetapkan <Gunakan Kunci Ingatan> kepada <Tak Akt>. Semua dokumen dalam memori dicetak.
Anda tidak boleh memilih dokumen khusus untuk cetakan.
Jika masa untuk ciri menyahaktif telah ditentukan, dokumen dicetak secara automatik pada masa yang telah ditentukan.
<Menu>  <Tetapan Fungsi>  <Terima/Majukan> <Tetapan Biasa> <Tetapkan Peti Masuk Faks/I-Faks>  <Tetapan Kunci Ingatan Faks>  Pilih <Tak Akt> dalam <Gunakan Kunci Ingatan>  <Guna>  

Menyemak/Memajukan/Memadamkan Dokumen dalam Memori

Anda boleh menyemak garis kasar setiap dokumen yang disimpan dalam memori, termasuk nombor faks penghantar dan bilangan halaman yang dihantar. Anda juga boleh memilih dan memajukan dokumen yang disimpan dalam memori dan memadamkan dokumen yang tidak perlu, jika ada.
1
Pilih <Pgawas Status>.
2
Pilih <Kerja RX>.
3
Dalam tab <Status Kerja RX>, pilih dokumen yang anda ingin semak/majukan/padam.
Memaparkan maklumat terperinci tentang dokumen.
Untuk memajukan dokumen, pilih <Maju>, dan tentukan destinasi yang sesuai.
Untuk memadamkan dokumen, pilih <Padam> <Ya>.
29WY-04U