Memasang Pilihan Sistem

 
Apabila menggunakan pilihan sistem, anda mungkin perlu log masuk dengan keutamaan Pentadbir untuk mendaftarkan lesen. Untuk berbuat demikian, anda akan memerlukan nombor yang dicetak pada sijil nombor capaian lesen. Pastikan anda mempunyainya sebelum anda mulakan. Anda boleh melakukan pendaftaran lesen walaupun mesin tidak disambungkan kepada rangkaian.
1
Jalankan ujian komunikasi.
Uji jika anda boleh mendaftarkan lesen melalui rangkaian.
1
Mulakan UI Kawalan Jauh. Memulakan UI Kawalan Jauh
2
Klik [Settings/Registration] pada halaman portal. Tetapan UI Kawalan Jauh
3
Klik [License/Other]  [Register/Update Software]  [Display Logs/Communication Test].
4
Klik [Communication Test].
Mesej [Are you sure you want to execute the communication test?] dipaparkan.
5
Klik [Yes].
Keputusan ujian komunikasi dipaparkan.
Jika [Connect Failed] dipaparkan, periksa bahawa kabel LAN disambungkan dan tetapan rangkaian dikonfigurasikan dengan betul. Persediaan Menggunakan Panduan Pengguna
Jika anda tidak boleh menyambungkan kepada rangkaian, daftarkan lesen di luar talian. Apabila Pendaftaran Tidak Boleh Dilakukan melalui Rangkaian
2
Klik [Distributed Installation].
3
 Masukkan nombor capaian lesen.
4
Sahkan nombor dan klik [Next >].
5
Pilih fungsi untuk memasang dan klik [Start].
Jika skrin perjanjian lesen dipaparkan, semak maklumatnya dan klik [I Accept].
6
Klik [To Distributed Installation].

Apabila Pendaftaran Tidak Boleh Dilakukan melalui Rangkaian

Jika atas sebab tertentu mesin tidak boleh disambungkan kepada rangkaian, daftarkan lesen di luar talian. Mula-mula dapatkan kekunci lesen menggunakan komputer yang disambungkan kepada rangkaian, kemudian daftarkan dengan memasukkannya ke dalam mesin. Untuk mendapatkan kekunci lesen, anda memerlukan nombor yang dicetak pada sijil nombor capaian lesen, bersama dengan nombor siri mesin.
1
Capai laman web pengeluar lesen (http://www.canon.com/lms/license/) dan dapatkan kekunci lesen.
Ikuti arahan pad skrin dan masukkan nombor capaian lesen dan nombor siri untuk mendapatkan kekunci lesen.
2
Pilih <Tetapkan> pada skrin <Home>.
3
Pilih <Tetapan Pengurusan>  <Lesen/Lain-lain>  <Daftar Lesen>.
4
Masukkan kekunci lesen.
5
Pilih <Mula>.
Mengesahkan nombor siri
Nombor dipaparkan dalam <Semak Pembilang> <Semak Konfigurasi Peranti>.Nombor ini juga boleh disahkan daripada halaman portal UI Kawalan Jauh.
9Y8W-06W