Langkah-langkah untuk Mencegah Capaian Tanpa Kebenaran
Nombor dokumen: 8KKC-008
Pastikan anda membaca bahagian ini sebelum menggunakan mesin dalam persekitaran rangkaian.
Mesin pencetak dan multifungsi dapat membekalkan pelbagai fungsi berguna apabila bersambung kepada rangkaian. Namun begitu, oleh sebab ini juga mewujudkan risiko capaian tanpa kebenaran dan pasang telinga melalui rangkaian, langkah-langkah mengatasi risiko keselamatan adalah amat penting. Bahagian ini memberikan contoh langkah-langkah mengatasi capaian tanpa kebenaran yang dapat anda laksanakan semasa persediaan apabila menggunakan mesin dalam persekitaran rangkaian.
Terdapat langkah-langkah tambahan bagi mengatasi risiko keselamatan yang dapat anda laksanakan pada mesin, seperti mengehadkan komunikasi dengan tembok api dan menggunakan komunikasi disulitkan TLS untuk mencegah pasang telinga dan gangguan. Ambil langkah keselamatan mengikut persekitaran penggunaan anda Keselamatan
Menggunakan Alamat IP Persendirian
Terdapat dua jenis alamat IP: alamat IP sejagat yang digunakan untuk menyambung ke Internet, dan alamat IP persendirian yang digunakan dalam rangkaian kawasan setempat seperti LAN syarikat.
Jika alamat IP sejagat ditugaskan untuk mesin, mesin dapat dicapai oleh pengguna di Internet. Maka, risiko kebocoran maklumat akibat capaian tanpa kebenaran dari rangkaian luar meningkat. Sebaliknya, jika alamat IP persendirian ditugaskan untuk mesin, capaian kepada mesin dihadkan hanya kepada pengguna rangkaian kawasan setempat anda. Oleh itu, ia mengurangkan risiko capaian tanpa kebenaran jika dibandingkan dengan alamat IP sejagat.
Secara asasnya, tugaskan alamat IP persendirian untuk mesin. Alamat IP persendirian digunakan dalam salah satu julat yang berikut.
Jika anda ingin menugaskan alamat IP sejagat kepada mesin, anda boleh mewujudkan persekitaran untuk mencegah capaian dari luar bagi mengurangkan risiko capaian tanpa kebenaran, seperti menggunakan tembok api. Hubungi pentadbir rangkaian anda mengenai cara untuk melaksanakan keselamatan rangkaian.
Menggunakan PIN untuk Melindungi Maklumat
Anda boleh mengurangkan risiko kebocoran maklumat atau penggunaan tanpa kebenaran dengan menyediakan PIN untuk melindungi maklumat yang disimpan dalam mesin jika pihak ketiga yang berniat jahat cuba untuk memperoleh capaian tanpa kebenaran. Anda boleh mengeset PIN untuk fungsi yang ditunjukkan di bawah. Hanya pengguna yang mengetahui PIN boleh menggunakan fungsi ini dan mencapai maklumat dalam mesin.
Anda boleh mewajibkan pengguna untuk memasukkan ID Pengurus Sistem dan PIN Pengurus Sistem, apabila menukar mana-mana tetapan penting. Menetapkan ID Jabatan dan PIN untuk Pentadbir
This site uses cookies to provide its contents and functions and improve their qualities etc. You can find out more about our use of the cookies here. If you select "Reject", only cookies necessary to provide the contents and functions of the site are recorded and stored.